Wednesday, April 14, 2010

Hooperz- Impian sekawan ke puncak juara


Tarikh tayangan
- 22 April 2010
Bahasa
- Melayu
Klasifikasi
- U
Masa tayangan
- 109minit
Genre
- komedi & sukan
Sinopsis
-Semangat! Semangat! Semangat! Mungkin itulah kata yang menyaluti dalam diri dorang untuk menang menjadi juara. Pasukan Hooperz satu pasukan bola jaring yang terdiri dari 7 awek-awek yang cun yang masing2 ada impian . Dorang jugak tak terlepas dari problem peribadi. Walaupun dorang ada problem, semua tu tak mematahkan semangat dorang untuk bergabung dan berazam untuk menjadi yang terbaik dan terhebat sebagai juara.

P/S-Jom kita beramai berikan sokongan padu dan mantap buat filem tempatan kita

Orang Besi kembali menganazz


Tarikh tayangan
- 29 April 2010
Bahasa
- English
Klasifikasi
- U
Masa tayangan
- N/A
Genre
- Aksi & Pertualangan
Sinopsis
- Selepas dia mengaku dia tu Iron Man kat seluruh dunia, kerajaan Us bawah api pulak suruh hero ni serahkan senjata superpower ironman dia tu.. Dahtu hero pun bengang lah. Senang2 jer dorang nak amik baju dia dan senjata dia. Dia melawan laa tunggu apa lagi. Dalam pada tu kerajaan Us dah cipta satu salinan macam Iron Man yang digelar Iron Man versi dorang dan dorang beri gelarannya iaitu Justin Hammer. Lepas tu tetiba mai superhero versi jahat plak yang digelar sebagai Ivan Vanko. Kira ada 2 superhero ala-ala orang jahat lah. Dorang ada bergabung berdua nak tewaskan Iron Man ni.. Ivan Vanko ni memang misteri dan bahaya woo..siap ada power ala-ala jurus yang diberi nama whiplash. Kemunculan ivan ni sebenarnya nak balas dendam konon-kononnya kat hero(Stark/Iron Man),famili hero pun kena sama dan dia leh belasah sapa yang dia jumpa kat tengah2 jalan tu. Memang panas baran dia ni sejak ada power-mower ni.. masa Iron Man 1 dia takde lak..pergi mana?? Mungkin lah time tu dia tengah training jurus ala-ala robot versi Us tu. So hati2..nasib tak baik lah sapa jumpa dia.. Dan Iron Man 2 kali ni mendapat sorang pembantu..

Sunday, April 11, 2010

Hadiah FREE buat koranggg




Dengan berbesar hatinya aku nak hadiakan kat korang..jeng3..lukisan. ya, lukisan yang aku lukis sendiri. Percuma wat korang yang tersayang.. =) Lukisan yang aku lukis ni berbentuk kartun.. Sebab apa aku bagi free? Pasal aku nak meriahkan korang dan blog ni. kalau korang nak lukisan kartun tu, korang tinggalkan email korang. Pastu aku send lukisan yang eklusif buat korang.Eklusif tu..takda kat mana2..hanya kat korang aje..herk3.. ni sample lukisan aku lukis..

Kaiji

Tarikh tayangan
- 8 April 2010
Bahasa
- Jepun
Klasifikasi
- PG13
Masa tayangan
- 134minit
Genre
- aksi

Klasifikasi terbaru bagi filem-filem di pawagam Tempatan

Saturday, April 10, 2010

Semerah Cinta Stilleto



Tarikh tayangan
- 8 April 2010
Bahasa
- Malay
Klasifikasi
- U
Masa tayangan
- 87 minit
Genre
- Romantik & Komedi

Date Night


Tarikh tayangan
- 8 April 2010
Bahasa
- English
Klasifikasi
- 18pl
Masa tayangan
- 89 minit
Genre
- Aksi / Komedi


Wednesday, April 7, 2010

Evolusi KL Drift 2




Tengok iklan dah memang gempak. Apatah lagi tengok filemnye kan? Buat korang pengemar filem tempatan. Bawaklah family atau pakwe-makwe korang tonton wayang ni. memang tak rugi sebab ceritanya padat dengan aksi. Ada jugak efek letupan. Paling best scene drift kereta. Memang real dan mantap!

sinopsisnya, Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional.

Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham.

Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba.

Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya.

Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL.

Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe.

Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini?

Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi?

Sama-sama kita saksikan!

info dari http://evolusikldrift2.com

Salam perkenalan..!


Akhirnye, Blog berbentuk ala-ala info pasal wayang baru berjaya diciptakan. 10q melawat blog ni yg serba-serbi kureng dari pelbagai segi! 10q sekali lagi! =) Blog ni wujud khas untuk Korang tau. KW janji kat korang, KW mesti buat yang seboleh2 baik untuk korang dan mengorek segala info tentang wayang terbaru..terhangat di pasaran!!

Khas buat korang yang tercinta-tersayang-terhensem-tercun di zaman ni!! Chewah, kembang lah tu =p Jadi, jangan segan-segan melawat blog ni dari semasa ke semasa tau.. sebab yang pasti blog ni akan di update selalu dengan info terkini dan memang terkini. Rajin2 lah lawat blog ni yek? bley tak? bleylah ek!

Buat korang yang disana-sini meh kita meriahkan blog ni bersama. salam perkenalan dari saya,KW. Semoga hidup korang ceria dan sejahtera!!

p/s: Tulisan yg ala-ala bahasa pasar tak sesuai untuk segala bentuk urusan rasmi. Apa-apa ajelah =p